10 Jenis Pencuci Muka Untuk Setiap Kulit Wajah Yang Berbeza

by - January 22, 2019

Untuk penjagaan wajah yang sangat basic, adalah sangat digalakkan untuk anda mencuci muka 2 kali sehari. Pagi dan malam biasanya, supaya dapat menanggalkan kotoran, peluh dan solekan bagi memberi laluan kepada kulit untuk bernafas, membaiki serta memperbaharui sel kulit.

Sebagai langkah pertama, sangat penting untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah kita sendiri. Oleh itu, kita kena tahu apakah jenis kulit wajah kita sendiri bagi memudahkan kita untuk memilih pencuci muka terbaik. Di sini saya kongsikan 10 jenis pencuci muka untuk setiap kulit wajah yang berbeza.



1. Gel - Untuk kulit normal hingga kombinasi dan berminyak

Memaparkan rasa buih yang sangat bersih dan lembut. Ia membersih sehingga ke dalam kulit dan berkesan untuk menyerap minyak berlebihan dan kotoran dari liang pori yang tersumbat.

2. Minyak - Untuk kulit kering dan sensetif

Ia berfungsi secara "minyak menarik minyak". Bantu menyerap kotoran tanpa mengeringkan kulit dan membekalkan nutrien kepada kulit.

3. Krim - Untuk kulit kering dan sensetif

Tekstur pekat dan berkrim untuk membersihkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semulajadi kulit.

4. Buih - Untuk kulit berminyak dan kombinasi

Pada mulanya ia dalam bentuk krim dan akan berubah menjadi buih untuk menyingkirkan minyak yang berlebihan. Boleh menyebabkan kulit menjadi sedikit keras dan kering.

5. Susu - Untuk kulit kering dan sensetif

Membersih sehingga ke dalam dan menghidratkan kulit tetapi tidak digalakkan untuk membersihkan solekan.


6. Tanah Liat - Untuk kulit berminyak dan kombinasi

Membersihkan kulit dengan mengeluarkan minyak dan toksin yang berlebihan dari liang pori.

7. Misel (Micellar) - Untuk kulit kering dan sensetif

Mengandungi molekul minyak kecil terkandung dalam air lembut untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan solekan. Tidak memerlukan pembilasan.

8. Serbuk - Untuk kulit berminyak dan sensetif

Lembut pada kulit apabila dikeringkan dan berubah menjadi krim bila bercampur dengan air. Ia membersihkan sambil memperhaluskan kulit dengan lembut.

9. Pengelupasan - Untuk semua jenis kulit kecuali kulit sensetif dan sangat kering

Membersihkan sehingga ke dalam, mengelupas dan menghilangkan solekan secara teliti. Tidak disarankan untuk penggunaan harian.

10. Sabun - Untuk kulit berminyak dan kombinasi

Tahap pH yang mesra kulit selain bahan-bahan pelembap yang sangat tinggi seperti gliserin dan minyak pati.

Inilah dia 10 jenis pencuci muka yang sesuai untuk kulit wajah yang berbeza. Apa kata kalau kita boleh guna 1 pencuci muka untuk semua jenis kulit tanpa perlu ada rasa ragu-ragu? Tidak kiralah kulit kita ni kering, berminyak, sensetif, kombinasi etc tapi pencuci muka ini masih boleh bantu sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit! Betulkah? Betul! Memang tidak mustahil!


Say hi to YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser!



Luminous Gel Oil Cleanser ni jenis gel mix dengan minyak. Satu kombinasi untuk untuk kulit yang sihat! Ini antara manfaat Luminous Gel Oil Cleanser:


  • memberikan pengalaman pembersih wajah yang menakjubkan
  • pembersih yang membersihkan sehingga lapisan kulit hipodermis
  • menyingkirkan kotoran dalam liang pori
  • menyerap kotoran
  • tidak mengeringkan kulit
  • bantu menanggalkan solekan dengan lembut
  • memperhalus kulit secara lembut
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • 3-dalam-1 yang mana ia bertindak sebagai pencuci muka, scrub dan makeup remover
  • pH seimbang
  • mengandungi campuran vitamin berpaten dan polifenol serta alga yang bantu menghaluskan kulit



Bagaimana cara untuk dapatkan Pencuci Muka YOUTH Shaklee ini? 

1. Boleh hubungi saya di 012.889.5717
3. Klik link esell ini untuk membuat pembelian menggunakan debit/credit card


Luv,
Brigett Rusx
Pengedar Shaklee No.1 Malaysia
Coordinator Shaklee Malaysia


You May Also Like

0 comments