3 Tanda Yang Menunjukkan Luka Caesarean Anda Telah Dijangkiti Kuman!

by - January 21, 2019

Tahukah anda?

Jangkitan kuman pada luka caesarean ini berlaku pada setiap 6 dalam 100 wanita yang menjalani pembedahan caesarean. Biasanya, ibu akan dimaklumkan tentang jangkitan ini lebih awal sebelum pembedahan caesarean dilakukan.

3 Tanda Yang Menunjukkan Luka Caesarean Anda Telah Dijangkiti Kuman!

3 tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan caesarean:

  • Luka menjadi kemerah-merahan
  • Ada nanah mula keluar dari luka tersebut
  • Luka menjadi bengkak dan lebam
3 Tanda Yang Menunjukkan Luka Caesarean Anda Telah Dijangkiti Kuman!


4 golongan yang mudah terkena jangkitan kuman pada luka caesarean:
  • Obesity
  • Ibu yang ada kencing manis
  • Ibu yang menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan. Risiko mereka tinggi sedikit mengalami jangkitan berbanding ibu yang menjalani pembedahan caesarean secara elektif
  • Ibu yang sebelum ini telah menjalani pembedahan caesarean
Bila ibu mengalami jangkitan kuman pada luka caesarean, sampel akan diambil pada luka untuk mengetahui kuman apa yang menyebabkan jangkitan itu boleh berlaku. Darah juga akan diambil untuk dianalisis.

3 Tanda Yang Menunjukkan Luka Caesarean Anda Telah Dijangkiti Kuman!

Jika jangkitan kuman baru bermula dan belum berapa teruk, rawatan antibiotik akan dimulakan selama 5 hingga 7 hari. Pesakit boleh ambil ubat antibiotik di rumah. Selepas seminggu pesakit akan berjumpa semula dengan doktor untuk memastikan jangkitan tersebut sudah sembuh atau tidak.

Manakala, jika jangkitan kuman pada luka sangat teruk sehingga ada lebam dan pengumpulan darah beku pada luka, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk diberi antibiotik melalui salur darah. Selepas itu, proses untuk mencuci luka akan dilakukan dari semasa ke semasa.


Luv,
Brigett Rusx

You May Also Like

0 comments