4 Jenis Herba Yang Memberi Manfaat Kepada Ibu Berpantang

by - January 11, 2019

Herba adalah sumber terbaik yang bantu menghangatkan badan. Antaranya rempah ratus, halia, kunyit dan buah seperti kurma. Pengambilan herba semasa berpantang amat digalakkan kecuali pengambilan tersebut adalah berlebihan dan tiada keseimbangan antara herba panas dan sejuk.

4-jenis-herba-yang-memberi-manfaat-kepada-ibu-berpantang

Di sini ada 4 jenis herba yang ibu berpantang boleh ambil:

1. Lada hitam

4-jenis-herba-yang-memberi-manfaat-kepada-ibu-berpantang

  • Lapisan luaran lada hitam yang mengandungi fitonutrien merangsang pecahan sel-sel lemak.
  • Juga menggalakkan badan untuk berpeluh dan membuang air kecil. Ini merupakan cara terbaik untuk menghilangkan air berlebihan dan toksin dalam badan.
  • Kesimpulannya, lada hitam bantu menurunkan berat badan.
2. Asam Jawa

4-jenis-herba-yang-memberi-manfaat-kepada-ibu-berpantang

  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Juga bagus dijadikan mask muka.
  • Amalkan setiap hari sebelum mandi pagi. Bila habis tempoh berpantang, anda akan dapat bentuk badan yang langsing serta kulit muka yang halus mulus.
3. Halia

4-jenis-herba-yang-memberi-manfaat-kepada-ibu-berpantang

  • Bantu menghilangkan angin dalam badan.
  • Atasi masalah kembung, sebu dan sakit perut.
  • Menyembuhkan luka bersalin luar dan dalam.
  • Bantu lendir dalam rahim iaitu darah nifas keluar lebih cepat.
  • Bantu dalam penghadaman makanan.
  • Menghilangkan bau mulut.
  • Menambah tenaga.
  • Agen awet muda dengan menghalang berlakunya kedutan pada kulit.
4. Kunyit

4-jenis-herba-yang-memberi-manfaat-kepada-ibu-berpantang

  • Kunyit bersifat panas dan bantu meningkatkan pengaliran darah ke kulit.
  • Boleh menaikkan seri wajah bila minum air kunyit.
  • Bantu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat.
  • Antioksida yang bantu kurangkan tekanan dan menjaga kesihatan kulit.
Selain dimakan, 4 herba ini juga boleh di tepel pada perut untuk mempercepatkan lagi pengecutan rahim, pembuangan angin dan bantu memperbanyakkan susu ibu. Semoga anda amalkan rutin berpantang anda dengan yakin.


Luv,
Brigett Rusx

You May Also Like

0 comments