6 Golongan Yang Memerlukan Protein Lebih Dari Orang Lain

by - January 04, 2019

Protein memainkan peranan penting terhadap tubuh badan kita. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan kuku kita, protein diperlukan bagi mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Keperluan protein harian kita bergantung dengan aktiviti fizikal kita.


Di sini ada 6 golongan yang memerlukan protein lebih banyak berbanding orang lain.

1.  Golongan Yang Suka Makan Manisan

Pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan paras gula dalam darah, yang mana akan mempengaruhi fungsi jantung dan akan menyebabakan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk:

  • stabilkan paras gula dalam darah
  • kurangkan keradangan dan kolestrol
  • meningkatkan kepekaan insulin

2. Golongan Ahli Bina Badan

Otot memerlukan sokongan semasa latihan rintangan dilakukan. Ambil lebih protein untuk:
  • membina semula dan memperbaiki otot
  • membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan yang lebih kuat, lebih cekap dan lebih cergas

3. Golongan Yang Menjaga Berat Badan

Golongan yang mempunyai metabolisma tinggi akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisma rendah. Ambil lebih banyak protein untuk:
  • meningkatkan rasa kenyang lebih lama
  • bantu mengawal pengambilan kalori untuk next meal
  • mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot kita, maka lebih tinggi kadar metabolisma.

4. Golongan Pertengahan Usia

Bila kita masuk usia pertengahan, kita akan mengalami kehilangan otot, badan kita juga akan semakin lemah, kurang cekap dan kurang cergas. Ambil lebih protein untuk:
  • melambatkan penuaan. Gabungkan dengan senaman dan pengambilan protein bagi mengekalkan jisim otot dan kecergasan
  • bantu mengurangkan masalah sakit jantung dan mengawal kolestrol

5. Golongan Ibu Hamil

Ibu hamil perlu mengambil protein bagi memastikan kesihatan janin serta rahim terjaga sepanjang kehamilan. Ambil lebih protein untuk:
  • menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat
  • bantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutama semasa trimester kedua dan ketiga
  • bantu ibu hamil meningkatkan otot tanpa perlu meningkatkan lemak

6. Golongan Ibu Menyusukan Bayi

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan 2 kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil lebih protein untuk:
  • mengekalkan kesihatan ibu bagi membekalkan susu terbaik kepada si manja
  • pertumbuhan dan perkembangan optimum si bayi kerana protein merupakan komponen penting dalam susu ibu


Inilah 6 golongan yang memerlukan protein lebih dari orang lain. Di sini saya ada kongsikan 5 tips untuk memilih sumber protein yang betul dan berkualiti. Pastikan anda mengambil protein anda dalam kuantiti yang betul.

Luv,
Brigett Rusx

You May Also Like

0 comments